Hi guys!

Have a nice day today

Saturday 24 August 2013

Kenapa: Ramai orang tak suka Lawyer?

Bismillah, ni first article untuk ruangan  Kenapa? kot..

Nasib aku sekarang ni sampai ke sudah tak dapat mana-mana tawaran untuk sambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda. Sekarang ni budak-budak saing aku kebanyakkan tengah prepare la nak masuk menara gading, *smpai skrg taktau asal menara gading kenapa bukan menara tanduk*, ada kawan aku Nik tengah siap sedia nak fly pegi India, nak jadi doktor bhaii, ada yang tengah seronok belajar dip/STPM, ada jugak yang kerja n ada jugak yang ready masuk menara gading awal September ni.

tapi.............

aku............

masih guling-guling atas katil, -_-

tetiba la sekarang rajin nak meng-GOOGLE pasal kerja-kerja profesional ni kan, antaranya, 

  1. Doctor
  2. Engineer
  3. Lawyer
  4. etc
Top 3 kene bash,
  1. Lawyer
  2. Doctor, Engineer, etc
haha, aku nak story pasal 3 yang mention ni je, profesional lain tak nak kacau

Kenapa? Lawyer first yang lain second? macam doktor ni kebanyakkan orang Malaysia ni banyak pengalaman perit, contoh doktor tengking-tengking seseorang yang berkait darah dengan diorang, lagi-lagi mak,  tak semua doktor kerajaan macam tu tau, tapi kebanyakkanya macam tu haha, so boleh pergi swasta, confirm layanan tiptop. Yang pasal kene tengking pun ambil hati, doktor yang salah bagi ubat, terlebih bius, "kononnya" menyebabkan kematiann pesakit tak perlu cerita la kan, tapi manusia ni walaupun doktor, Perdana Menteri ke, masih manusia, masih banyak terbuat silap, pasal mati tu dah ketentuan.

Engineer/juutera pulak, takda la apa-apa sangat, cuma cakap buat keje tak betul, pasal jambatan runtuh la, rumah retak la, macam tu jela. 

Tapi lawyer/peguam dan hakim, fuhhh
  1. Penipu
  2. Tidak berperikemanusiaan
  3. Menegakkan batil
sebelum dapat jadi peguam pon dah dilabelkan bukan-bukan macam
  1. Kaki Social
  2. Sombong
  3. Poyo
  4. Bajet
  5. Abbasiyah *eh, ni maksudnya lepak dengan budak-budak diorang je
Entry ni mungkin bias sebab aku ada basic Law sikit, sikit sangat, haha..
Pasal tak puas hati kenapa orang yang terang-terang bersalah tidak dijatuhkan hukuman, tak nak mention la mana-mana kes, tapi korang kene paham cara macam mana seseorang boleh dijatuhkan hukuman.

Macam hukum Hudud, orang yang dituduh bersalah tidak akan bersalah sehingga dibuktikan bahawa dia betul-betul bersalah.


Cara Sabit Zina

  1. Disaksikan oleh 4 orang lelaki yang cukup syaratnya
  2. Pengakuan penzina yang cukup syaratnya
  3. Qarinah (bukti) *kalau sekarang boleh dapat dari sumber forensik gituu, DNA bagai*
Bila dapat tiga-tiga ni baru boleh hukum 

a. Penzina yang bukan muhsan dan pernah bersetubuh secara sah


      i.      Hukuman rejam dengan batu sampai mati

 

b. Penzina yang bukan muhsan


        i.      Sebatan 100 kali dan buang daerah
       ii.      Hamba pula dikenakan sebatan separuh daripada sebatan orang yang merdeka iaitu 50 kali
      iii.      Hukuman buang daerah adalah wajib dan hendaklah dilaksanakan serentak dengan hukuman sebatan.

credit: http://ustazabdulwahab.wordpress.com/jenayah/hukuman-hudud/

Sama jugak dengan Undang-undang Sivil, kalau Pendakwa raya dapat bawak bukti-bukti yang kukuh melebihi dari Peguambela, jadi tertuduh bersalah, dan kalau sebaliknya tertuduh terbela. Hakim pulak tengok hasil dari bukti-bukti dan hujah-hujah dari peguam, mana yang lagi kukuh, so hakim akan berpihak kepada parti tersebut.

Jadi, walaupun terang-terang nampak Abu bunuh Boyot, belum tentu dia akan disabitkan selagi tak capai standard seorang pembunuh, sebab dia tidak akan bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Macam hudud tadi, tak fulfill mana-mana syarat, bukan senang-senang kene rejam atau sebat. Wallahualam

Nak pertikaikan orang boleh, tapi biaq kita ada ilmu asas dan tahu kenapa dia buat macam tu dan salah ke tak apa tindakan orang tu.

Thursday 15 August 2013

Aku dan Blog

Walaupun aku dah lama aku menceburkan diri menjadi blogger, tapi aku taktau pasal header, aku tak tahu menahu pasal tab menu sampai aku buat dua blog sebab tak tahu penggunaan tab menu haha. Hari ni untuk tah keberapa kali aku tukar nama domain dari siempatmata/blogspot, spectmatafakta, sekarang encikfiveg.blogspot haha.

Hasil dari kunjungan ke beberapa blogger yang di-suggest-kan incik Google sama ada milik orang tempatan mahupun warga asing, aku telah update serba serbi tentang diri ku dan blog ni. Semua nukilan dari blog spectmataauta.blogspot aku da alihkan ke blog ni, pening sampai dua blog, merepek aku ni.

Cerita tidak Berakhir? [4] : Adikku Iman

     *Bunyi tema Windows7*

     Click

     www.google.com, enter.

     Termenung.

     Sebenarnya aku baru selesai menonton cerita Insomnia yang dikeluarkan pada tahun 2002. Cerita itu tidak terlalu susah untuk difahami, tapi otak aku menjadi blank, kosong, beginilah nasib budak menunggu degree, sudah la tidak bekerja, menghabiskan beras, 'buang current', nak marathon movie pun dah nak muntah. 

     *Guling-guling atas katil*

     "Ahh, tak boleh jadi ni, buat entry baru la, hoho" ngomel ku keseorangan. Selesai sudah dengan 'Lela'. Apa pula aku nak merepek selepas ini. Tengok kolum kanan, lebih spesifik bahagian followers, kosong. 

     "Baru buat blog, malas blogwalking, memang kosong la  follower kau tu, entah-entah blog ni memang untuk kau menggila sorang-sorang" membebel aku lagi. Terasa seperti orang gila pun ada. Mana tidaknya, berangan ingin membantu orang dengan penulisan, konon, pengiktirafan sebagai kaunselor pun tidak ada, nak buat entry perihal motivasi? esok nak exam pun aku malas nak bukak buku inikan nak membaca bahan-bahan ilmiah, kalau dah tidak ada ilmu-ilmu atau sumber-sumber bahan ilmiah, macam mana aku nak bantu orang ni.

     Mata ku merayap, melihat bilik ku seperti dilanda garuda, dah tak serupa bilik dah, nak mengemas belum sampai seru lagi, tapi aku masih memerhati, mencari ilham.

*     *     *

     "Mak ayah kau bagi kau duit raya berapa piz?" panggilan ringkas kepada Hafiz.

     "Aku dapat 50 hengget, yela tahun ni aku puasa penuh, sehari aku puasa dapat seringgit, cukup sebulan, mak aku bagi lebih 20 hengget" jawab Hafiz bangga dan menerangkan bagaimana dia memperoleh jumlah duit sebegitu, aku cuma mampu tersenyum melihat gelagat dia.

     "Kau dapat berapa wey?", "Aku dapat 30 je" jawapan diberi dengan ringkas, "tapi aku puasa penuh jugak, hmm" 

     "Kau tipu la, kau mesti tak puasa penuh ni, eee, tak malu tak puasa penuh" ejek Hafiz, "mana ada aku puasa penuh la" jawab dengan nada tegas.

     "Wek wek, tak malu, tak puasa penuh, padan muka kau tak dapat duit raya macam aku, haha" ejek Hafiz lagi.

     Muka di tarik sehabis masam yang boleh, lalu masuk ke dalam rumah, mengadu pula pada umi "Umi, kenapa adik dapat duit raya RM30 je? adik pun puasa penuh macam apiz" 

     Umi tidak memahami apa kaitan duit raya yang diperoleh dengan si Hafiz tu, "Iman, mari sini kejap," panggilku, iyalah, umi sedang sibuk melayan tetamu, hari ni kami mengadakan open house, jadi ramai sanak saudara, sahabat handai hadir ke rumah kami.

     "Ya kak, kenapa?" soal Iman dengan muka yang masih lagi masam mencuka. Sebenarnya dari tadi aku perhatikan adik ku ini, apa yang dia sembangkan dengan hafiz aku tahu, tapi aku cuma mahu memerhati.

     "Kenapa muka adik akak ni tak hensem ni?" saja tanya ku walaupun aku sudah tahu mengapa. Iman, adik lelaki ku tunggal, berumur lapan tahun, berbeza sebelas tahun dengan aku, kami cuma dua beradik, orang kata kami anak dua fasa, kerana jarak umur kami terlalu jauh, tapi sebenarnya ini semua rezeki dari Illahi.

     Aku sangat kagum dengan adik aku ni, walaupun baru berumur lapan tahun, tapi dia mampu untuk berpuasa penuh, seingat aku, aku pun tidak mampu seperti dia sewaktu umurku begitu. 

     "Adik tak dapat duit raya macam apiz" terangnya, Hafiz merupakan kawan baik Iman, Hafiz merupakan anak jiran kami, yang juga hadir pada hari ini untuk memeriahkan suasana.

     "Umi kasi Iman berapa sayang?" soalku, aku suka memanggil adikku dengan gelaran sedemikian rupa, mungkin kerana aku terlalu menantikan kehadirannya dalam hidupku, sayang, darlinghandsome, itu semua panggilanku kepada Iman, kadang-kadang sewaktu di kolej dulu, jika aku on-the-phone dengan Iman, rakan-rakan ku tersalah anggap dia adalah boyfriend aku.

     "Iman dapat 30 hengget je, apiz dapat 50, hmm" terang Iman, "Alooo siannya adik akak ni dapat sikit, meh duduk sini meh" sambil aku menepuk ruang kosong dihadapan ku, sejurus Iman duduk aku pun membisikkan sesuatu kepadanya "Nanti akak belanja jam Ben 10 eh?" lalu ku mencuit hidungnya, dia terus senyum kegembiraan dan memelukku erat.

     Aku sangat gembira dapat menghilangkan duka adikku Iman, dan aku bahagia mampu buat dia tersenyum.

Cerita tidak Berakhir? [3] : Lela

*     *     *

     "Sa-ya sa-yang i-bu sa-ya", bacanya perlahan lahan, "ba-ju i-tu san-tik", "cantik akak, bukan santik" tegur ibunya dengan senyuman bangga.

     Norlela binti Badarisman, itulah dia, si cilik berumur empat tahun, jarang anak-anak kecil berumur empat tahun mampu untuk membaca walaupun merangkak-rangkak, ada juga rakan ku sewaktu berada di darjah tiga, tapi masih tidak mengenali huruf.

     Ibu mana yang tidak bangga, anaknya mampu untuk membaca sejak usia kecil, ianya hasil dan usaha ibu Lela juga, mempraktikkan anaknya untuk belajar membaca dengan siri buku 'Bacalah Anakku'.

     Lela merupakan sepupuku, dia lahir bulan Januari dan aku bulan Oktober, dan kami lahir pada tahun yang sama. Aku sering dibanding-bandingkan oleh ibunya mahupun ibu aku sejak kecil lagi, biasalah, anak pandai, di tatang-tatang, disanjung-sanjung. Lela dan aku juga selalu perform dengan jaya nya didalam ujian-ujian sekolah rendah, apa lagi, semakin galak la ibu kami bersaing nak membuktikan anak siapa lebih pandai, tapi aku dan Lela tidak kisah sangat, kami rapat, dan masih bermain bersama-sama tanpa mengendahkan ibu kami.

     "Satu, dua, tiga " aku mengira sehingga sepuluh, kami permainan sorok-sork, di mana aku perlu mengira dan yang lain akan menyorok. Lela, Yusree -adik lelaki Lela-, dan tiga rakan-rakan baruku yang merupakan jiran mereka iaitu, Along, Izam dan Hani, sibuk menyorokkan diri mereka, masih kecil, dibalik rak kasut pun boleh sembunyikan diri. Setelah selesai kira hingga sepuluh, aku pun mula mengorakkan langkah untuk mencari mereka.

     Bersebelahan dengan rumah makcik ku ini terdapat rumah dua tingkat tetapi mempunyai enam unit, aku cuba untuk melihat ditingkat atas, tiba-tiba aku terdengar bunyi orang menangis, tetapi tiada orang, aku cuba untuk mencari dari mana datangnya suara tersebut, setelah aku menghampiri tong biru, aku kelihatan Yusree menangis disebaliknya.

     "Kenapa dik?" adik panggilan kami kepadanya.

     "Tadi adik jatuh waktu naik tangga, tsk tsk" sambil menahan sakit akibat luka di kepala lututnya.

     Pada waktu itu, hanya yang aku tahu, bawa dia ke rumah, mungkin ibu boleh memulihkan lukanya itu, ahh betapa innocent-nya aku, seperti ahli silap mata aku menganggap ibu ku. Sampai sahaja di muka pintu, bapa Yusree, Badarisman, ayah yang garang, malas bekerja, yang juga aku memangilnya pakcik, bertanya,

     "Apehal ni?!" nadanya dalam keadaan marah.

     "Ta ta tadi adik jatuh waktu naik tangga" jelasku dalam keadaan gagap, kerana pakcik ku ini seorang yang bukan sahaja garang tapi amat bengis.

     Pang!! satu lempangan diberikan kepada adik, aku hanya terpaku tanpa berkata apa-apa.

     "Aku dah cakap kau jangan main dekat tangga!" Yusree hanya menangis, dipiat telinganya lalu pakcik menjerit, " LELA, LELA, BALIK!" dengan sepantas kilat Lela terpacul di depan kami.

     "Ke ke napa ayah?" tanya Lela, gagap juga seperti aku tadi.

     Pakcik dengan tiba-tiba menjentik telinga Lela, lalu muka Lela seperti hendak menangis, tapi dia usaha untuk tidak mengalirkan air mata, kerana dia tahu pakcik akan menjadi marah. Kami semua di suruh masuk kedalam rumah, melarang kami untuk bermain.

     Kami semakin membesar, aku melalui proses tumbesaran dan 'pembesaran' sebagai seorang lelaki, Lela juga melalui proses akil baligh, makin menampakkan sifat kewanitaanya, tidak perlu ku huraikan bagaimana. Tetapi bezanya sekarang, prestasi akademik Lela semakin merudum, aku masih lagi maintain. Mana tidaknya, ayahnya, dan juga merupakan pakcik aku, bukan sahaja garang, tapi pertimbangannya sangat, sangat, sangat kolot mungkin. Dulunya, Lela merupakan pelajar cemerlang, tetapi sekarang tidak lagi, kelas prep yang diwujudkan percuma oleh kerajaan yang dimana pelajar akan dipimpin oleh guru-guru mereka sendiri tidak diizinkan bapanya untuk dia sertai, makcik, ibu Lela puas memujuk, tapi pakcik mengungkitkan pula tentang hak dia sebagai ketua keluarga untuk memutuskan keputusan.

     "Kenapa kamu tidak pergi ke kelas prep Lela?" soal guru kelasnya dan juga sebagai guru matematik tambahan Lela.

     "Saya tidak sihat cikgu" Lela terpaksa menipu, kerana dia percaya sekiranya dia menceritakan perkara sebenar, bukan sahaja tidak boleh diterima tapi mungkin memalukan dirinya, itu yang difikirkannya. Dalam bulan ini kelas prep dijalankan selama empat kali untuk setiap subjek, tetapi, Lela hanya mampu menghadirkan diri untuk tiga kelas sahaja, tetapi untuk satu subjek, iaitu subjek yang betul-betul dia lemah, Additional Mathematics. Subjek ini merupakan antara subjek yang susah untuk pelajar SPM seperti kami, walaupun Lela tidak cemerlang untuk subjek yang lain, tapi dia bercita-cita untuk lulus subjek ini di dalam SPM kelak. Hanya kelas yang 'curi-curi' datang itu la sahaja harapan dia untuk lulus nanti, dia tidak dapat pergi ke tempat  tuisyen seperti orang lain. Rutin hariannya, bangun pagi, siapkan sarapan untuk adik-adik, gosokkan baju untuk adik kecilnya yang jarak hampir sepuluh tahun itu -Yusree menggosok bajunya sendiri-, pergi kesekolah, pulang ke rumah dan kemas rumah, tolong ibunya memasak, basuh baju dan sebagainya.

     Itulah ujian yang terpaksa Lela hadapi, tapi dia masih cekal. Aku, walaupun mempunyai ruang dan peluang untuk tuisyen dan sebagainya, tapi aku mengambil peluang itu dengan sambil lewa, aku tidak memanfaatkannya sehabis baik, inilah pula ujian Dia terhadapku, iaitu kesenangan, dan aku juga tidak mampu itu melalui 'kesenangan' itu sepeti cekalnya ujian yang dilalui Lela.

     Pada hari keputusan SPM dikeluarkan, Lela tersenyum, mengalir air matanya kerana dia memperoleh B untuk subjek yang dia tidak pernah lulus semenjak dia mengenali subjek tersebut, dia memperoleh 2A+, 1A, 1B+, 3B dan 2C, alhamdulillah, dia lulus kesemuanya, dia terasa amat bersyukur.

     Walaupun dia ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di UiTM didalam bidang Diploma Perakaunan, tapi dia hanya mampu tersenyum melihat tawaran tersebut, kerana dia tahu, pakcik tidak akan mengizinkannya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

     "Aku nak kau berhenti sekolah", itulah kata-kata yang seing diungkapkan pakcik semenjak Lela beada ditingkatan tiga lagi. 
     "Lepas habis SPM aku nak kau kerja, tolong keluarga" kata-kata 'semangat' yang diungkapkan oleh pakcik pada hari pertama kami mengambil SPM, iaitu Kertas Bahasa Melayu. 

     Sekarang Lela, bekerja di sebuah kedai kasut di dalam shopping complex berdekatan di rumahnya sebagai promoter. Dia membantu untuk menaikkan ekonomi keluarganya, cuba untuk membelikan buku-buku rujukan mahupun kelengkapan sekolah untuk adik-adiknya.

*     *     *

     Dengan mimik muka yang pelik, aku masih blur kenapa tangan aku menaip tentang cerita ni, cerita Lela ini mungkin karya pertama aku. Nak kata karya teragung? mimpi jelaa. Lantas aku suruh ibu ku yang sedang sibuk menyiapkan pakaian dari tempahan customer untuk raya ini untuk membaca, -cerpen mungkin-, cerita ku ini.

     Sambil aku merenung mukanya berkerut membaca, ibuku rabun, juga tanda yang dia khusyuk membaca, tiba-tiba rongga mulutnya terbuka, ingin memujiku mungkin.

     "Panjang lagi ke ni? mak banyak keje ni", satu persatu aku engat perkataannya, hampa, aku cuma senyum sahaja, dia 'membayarkan' kembali senyumanku dengan senyuman dari mukanya yang sejuk mataku melihat, lalu pergi meninggalkan ibuku untuk menyiapkan tugasannya itu.

Cerita Tidak Berakhir? [2]

  "Mak nak pinjam novel" tanyaku pada bonda dengan tiba-tiba.

     "Kau nak buat apa novel mak?" soal ibuku, tersipu-sipu senyum ku malu seperti kerang busuk.

     "Ada laa~ nak pinjam boleh tak? nak tengok-tengok sikit, hee" soalku dengan mempamirkan muka ku yang paling comel sekali.

     "Mak tak hengat la kat mana" dah lama ibuku ni meninggalkan zaman cintanya terhadap novel, "cuba tengok kat dalam kotak laci tu" sambil menunjukkan alamari laci plastik yang bertingkat-tingkat berwarna orange itu sambil dia memotong kain -ibuku seorang tukang jahit yang mengambil tempahan di rumah-.

     Lalu aku mendekati ke arah kotak laci orange, "bukan yang tu la, laci yang lagi satu, kat belakang, tingkat satu ke dua, cuba tengok", tegurnya sambil dia khusyuk memotong kain.

     "Yang laci kelabu ni ke?" tanya ku sambil menunggu respon dari ibu.

     "Ha'ah, yang tula, cuba tengok tingkat dua" maksudnya, laci yang kedua dari atas.

     Sambil ku mencari, ku terjumpa CD lagu-lagu lama simpanan ibuku, lalu ku ternampak tiga buah novel, aku ambil yang helaian kertasnya sudah kekuning-kuningan, paling nampak lama sekali antara yang lain, dan ada yang masih berplastik, iaitu hadiah dariku kepada ibu pada zaman aku sekolah menengah dulu, "Busy betul mak aku ni, hmm" hati kecilku berkata-kata. Tipu lah kalau hati ni tak terasa kecil hati kerana novel itu masih di balut dengan plastik, novel itu bertajuk 'Salju Sakinah' dikarang oleh Zaid Akhtar, tapi biasa lah, tukang jahit, seorang tempah sampai lima hingga enam pasang, aku kat rumah ni nak tolong pun tidak la, kan 'tangan tak bedung'.

     "Novel apa kau amik tu?", "Seredup Kasihmu mak" balasku mudah.

     Aku masuk ke bilik ku, tutup pintu, cuba membelek-belek helaian penulisan Nia Azalea ni, sedikit sebanyak aku memperoleh bentuk penulisan novel. Seperti yang aku katakan terlebih dahulu, aku bukan jenis membaca, inikan novel, apatahkan lagi novel cinta. 

     "Jadinya kau ni dah bosan, menyampah dan tak tahan?' Suziyan memastikan buat kali kedua. Matanya masih tidak beralih daripada skrin komputer yang memaparkan permainan Virtual Cop. Tangannya lincah menekan butang mouse. Tertera pada muka surat 141, perenggan pertama untuk chapter 16. Nah, sekali ku amati, setiap perbuatan sesuatu watak, dialognya habis diperincikan, aku tidak mempunyai daya imiginasi sebegitu rupa.

     "Mende aku nak merepek dalam cerita aku ni, duh!" bermonolog aku sendirian, walaubagaimanapun, aku teringin untuk menggunakan situasi sebenar dalam project mega aku ni, maksudku, menggunakan nama tempat yang wujud, bukan nama yang umum, mungkin seperti keadaan yang akan aku gambarkan di salah sebuah kolej Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seperti Kolej Aminuddin Baki atau Kolej Tun Hussein Onn, tidak semua akan mengetahui tentang tempat tersebut, aku akan cuba masukkan keadaan realiti didalam cerita aku ini, iyalah, kononnya aku ingin berkonsepkan realiti dan fantasi.

    Dengan menggunakan Google Account bernama siempatmata, aku mencipta sebuah blog sebagai cubaanku untuk cuba untuk mengarang, sebenarnya akaun siempatmata ni baru sahaja diwujudkan, tujuanku untuk mewujudkan akaun tersebut untuk mencipta avatar seperti simsimi tapi berakal, maksudku, aku boleh menjadi rakan untuk dibawa berborak. Sebelum ni telah ku wujudkan blog beralamat si4mata.blogspot.com , tujuannya untuk memberi info terkini kepada sesiapa jua yang senasib dengan diri ku -tapi info sangat sedikit-, dek kerana blog susah untuk di-promo sekiranya tiada laman sosial lain aku mewujudkan pula akaun di twitter, masih lagi menggunakan nama siempatmata. 

    Kisahsi4mata.blogspot.com , itu lah dia nama blog yang ingin aku wujudkan, kenapa empatmata? biarlah rahsia. Aku melihat di-dashboard akaun ku, kosong, ingin membuat post baru? tapi apa yang ingin aku coretkan? bagaimana ingin aku mulakan? nak buat novel atau cerpen? seribu satu soalan bermain di minda kecilku. Aku merenung ke papan kekunci laptop peneman hari-hari ku ini, masih lagi buntu, aku tidak tahu untuk memulakan, sifat memulakan sesuatu memang terasing dari diriku, aku jarang untuk memulakan tetapi suka untuk mengakhirkan, seperti lambat masuk kelas tapi suka keluar kelas sebagai orang terakhir, itu lah aku.

Cerita Tidak Berakhir? [1]

 Setelah selesai aku menunaikan solat asar aku kembali menghadap komputer riba ku, secara tiba-tiba aku ingin mengetahui kisah 'Hlovate', bukan kisah yang dikarangnya, tapi kisah bagaimana dia menjadi Hlovate yang awesome. Aku mempunyai minat untuk mengarang, tapi aku amat lemah dalam penggunaan bahasa, struktur ayat dimana perlu ada imbuhan '-i' jarak atau tidak 'di-' dengan perkataan lain dan sebagainya.

     Aku mengenali Hlovate dari seorang rakanku - sebenarnya adik kepada rakan sekolahku - , Ailin, pada tahun 2010, dan aku dengan sambil lewa dengan nama itu. Wujudnya nama Hlovate dalam hidupku dengan pertanyaan yang ditanya kerana tiada perkara ingin dibincangkan menerusi khidmat pesanan ringkas SMS.

     "tgh watpe tu". tanya ku melalui handphone Nokia yang berlampu kuning.
     "I tgh baca novel" balas Ailin.
   "Novel apa?" soal ku, kerana aku bukan jenis membaca, dan pengetahuan ku tentang novel sangat terbatas, jadi itu sahaja yang aku mampu tanyakan.
    "Novel Hlovate" balasnya mudah, biasalah, bila keterujaan untuk berkenalan mulai pudar, beginilah cara conversation antara dua orang berlangsung.

    Aku difahamkan oleh Ailin bahawa Hlovate merupakan penulis yang menggunakan 'bahasa sampah', tergelak ku membaca pesanan ringkas daripadanya. Tapi, sewaktu di kolej Perindu, di kampus induk UiTM Shah Alam pada tahun 2012, aku baru berkesempatan untuk membaca novel 'Hlovate' - bukan dapat membaca keseluruhan novel, tetapi hanya perenggan pertama dek kerana rakan ku ingin membacanya terlebih dahulu - dari hasil karyanya yang berjudul '5Tahun5bulan', baru aku faham apa yang dimaksudkan oleh Ailin pada dua tahun yang lepas, Hlovate menggunakan bahasa kita iaitu tidak menggunakan bahasa bunga yang meleret-leret.

     Setelah selesai mengunjungi beberapa blog yang mempunyai post tentang Hlovate yang dicadangkan oleh Google , serba sedikit aku dapat mengetahui tentang Hlovate hasil dari pembacaan huraian tentang diri beliau, mahupun huraian tentang novel si Hlovate.

     Hate dan Love, dua perkataan yang digabungkan menjadi "Hlovate", pandangan ku secara peribadi, beliau mungkin mempunyai mempunyai kisah silam yang lebih pahit dari manis kerana beliau mendahulukan perkataan negative terlebih dahulu dari perkataan Love. Ini semua dek kerana movie penyiasatan yang aku gemar tonton seperti CSI, Lie to Me dan seangkatan membuatkan ku mempunyai pandangan yang merepek sedemikian rupa.

     Sambil aku meng-stalk tentang diri Hlovate, dengan tidak semena-mena terpacul idea untuk aku cuba mengarang, membuat suatu cerita, bukan cerpen, bukan novel, tetapi cerita yang bukan seperti cerita. Mungkin akan ku selitkan dalam cerita rekaan ku dengan cerita yang benar-benar wujud, ataupun aku akan kisahkan cerita yang benar-benar wujud dengan menyelitkan cerita fantasi? aku masih lagi tidak mengetahui bagaimana ingin memulakan, dan aku juga tidak ada buah fikiran bagaimana akan berakhirnya cerita aku nanti. Aku juga terasa untuk mereka cerita seperti cerita itu hidup walaupun sebenarnya rekaan semata-mata, tapi aku ingin mencipta cerita fiksyen tapi jalannya seperti jalan cerita non-fiksyen.

     Masih belum selesai dengan plan mega aku itu, aku terfikir bagaimana ingin aku menyampaikan cerita aku tersebut, Hlovate ikon ku, beliau menggunakan novel hard copy  sebagai platform untuk mengarang, di samping beliau dapat mengarang, mengubat hati lara, Hlovate juga mampu untuk memperoleh sedikit sumber kewangan. Jauh dilubuk hatiku, aku berangan untuk jadi sepertinya, terkenal tanpa dikenali, kekal sebagai anonymous. Aku amat mengagumi orang sepertinya, Hlovate, selain itu juga Encik Mimpi, yang masih memperjuangkan karya mereka tersendiri sebagai anonymous. tapi aku siapa untuk jadi seperti mereka, walaupun ibu ku memang seorang yang kreatif, apa sahaja hasil kerja tangannya, pasti akan jadi sesuatu yang sangat menarik, tidak seperti aku ni, lukis KLCC tapi kelihatan seperti roket, kerja kayu disekolahku dulu di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, tak pernah nampak macam sesuatu hasil kerja kayu.

     "Tangan kau tu tak bedung dulu" ni lah yang selalu diucapkan kepada ku oleh guru-guru seni mahupun rakan-rakan. Tapi memang ku akui, memang tiada seni dalam diri ku ini, nak menyanyi dan mengarang  lagu seperti Encik Mimpi, jauh sekali, sedangkan nyanyian yang aku record sendiri pun aku cukup takut untuk mendengarnya kembali, ini kan untuk menjadikan suaraku sebagai halwa telinga orang awam. Takut berbuih-buih di hujung mulut masing-masing, dan mungkin aku akan disaman kerana menyumbangkan lagu.

     Tapi setelah, aku ,menanyakan diriku apa yang sebernanya aku mahukan, aku ingin menjadi seorang yang mampu membuat orang lain rasa lebih tenang, mungkin bukan dalam bidang nyanyian, tapi akan ku cuba dalam bidang penulisan, niatku untuk mencipta sebuah cerita yang mampu menenangkan, memberi manfaat kepada orang yang membacanya. 

Saturday 10 August 2013

Cara Nak Uninstall / Remove / Buang AVG Secure Search Toolbar

Assalamualaikum dan selamat hari raya ke-3 =}

Okay kali ni nak sembang cara nak buang AVG Secure Search.

Bagi aku AVG Secure Search sangat annoying, tak tahu kenapa, aku yahoo, google macam mana cara nak uninstall benda ni. Pergi kat laman sesawang AVG konon boleh la nak remove sebab diorang ada bagi tutorial sikit macam mana nak remove AVG Secure Search, cumanya diorang tunjuk cara untuk Google Chrome version lama, sebab tu nak apply memang tak dapat. haha -.-

Rupanya senang je, aku pergi kat sini. *kalau perasan aku macam translate je blog dia, ihiks*

 *lagu ni best :3 comel+scary*

 *hamek program and features*

*right click pastu uninstall :))*

Control Panel >Programs and Features >AVG Secure Search Toolbar > Uninstal
Bereh~

Selamat mencuba :}

Sekian.

Tuesday 6 August 2013

Apa itu Deja Vu?

"woi aku rasa pernah rasa la apa yang aku rasakan perasaan yang ada waktu ni"

kira sikit berapa banyak rootword rasa

Deja Vu

tu dialog standard la sama ada korang yang cakap atau kawan korang yang cakap, atau kawan korang yang cakap, atau kawan korang punya mak punya sedara yang cakap *oke annoying, lawyer buruk*

*ni movie deja vu*

well, basically deja vu ni suatu perasaan dimana korang rasa pernah lalui. haa, macam tetiba nampak pakwe hensem gileww tu enn, then nak CHOPP diorang awal-awal, lepas tu nanti orang lain tak boleh kacau huahuahua. *eh yeke? okay ni bukan deja vu ori, ni tipu punya*
kalau laki nampak awek cun, sama ada terus ngorat atau yang mana jenis Gynophobia diam jela, jadi stok alim-alim gituu. okay merepek

sebenarnya, Deja Vu nama utama, dalam Deja Vu ada lagi pecahan,

Deja Senti: Perasaan ini merujuk pada sesuatu yang 'sudah dirasa'. Ini adalah fenomena mental dan peneliti *tuan punya badan* percaya sesuatu yang dirasakan di masa lalu sangat serupa dengan apa yang dirasakan pada saat itu. Oleh itu, dua pengalaman tersebut membuat seseorang merasa yang dia telah melalui perkara yang sama di masa lalu.

Deja Vecu: Sebuah perasaan bahwa segala sesuatu yang terjadi saat itu sama dengan apa yang telah terjadi sebelumnya dan seolah-olah boleh mengetahui apa yang akan terjadi selanjutnya, disebut sebagai Deja Vecu. So orang tersebut boleh claim macam psychic gituu. Bezanya, orang yang alami keadaan ni dengan yang sebelum, mereka tau apa yang what will come come next.

Deja visite: Bentuk Deja vu adalah perasaan setelah mengunjungi tempat yang baru. Seseorang mengalami jenis Deja vu macam ni konon-kononnya memiliki pengetahuan tentang sebuah tempat yang dia belum pernah kunjungi. 


Macam mana benda-benda ni terjadi?
(dalam point form ek)


  • tengok banyak movie, dokumentari
  • keadaan tempat yang sama contoh: susunan deko dalam rumah
  • perbuatan yang suka dilakukan oleh seseorang (habit)
  • luck?
okay la contoh ek, korang pergi Istanbul, tetiba korang rasa, "I've been here before" acehh, speaking, hehe, sebab korang rasa tahu pasal tempat tu, macam contohnya korang jalan-jalan kat Masjid Aya Sofea, tetiba rasa macam tau pasal masjid tu, macam pernah pergi, setiap inci korang ingat, view kubah dari dalam  







tapi sebenarnya view tu korang dah pernah tengok dekat cerita ISTANBUL AKU DATANG, yang beto,tomok dengan lisa surihani berlakon tuu

ingat tak shot awal-awal? lisa berangan nak kahwin dalam Masjid Aya Sofea. kat situ dah Deja visite. selain sebab movie deko dalam masjid tu mesti jarang berubah kan. nampak korang kononnya melalui benda yang sama, tapi sebernanya dah melalui atau mempunyai ingatan separa sedar tentang sesuatu.

walaubagaimanapun, itu cuma contoh-contoh rekaan, dan pandangan saintifik, aku saja ubah ayat tak skema, tak nak korang bosan. eh, btw memang ada tau kajian tahu pasal Deja Vu ni, jangan main-main..haha

ramai scientist dan psychologist kaitkan dengan kognitif dan epilepsy 

tapi ada juga yang berpendapat ianya berkaitan dengan perkara-perkara mistik, kelebihan orang tertentu, kaitan dengan alam roh dan lain-lain tapi aku tak berani nak berhujah pasal tu, wallahualam :)