Hi guys!

Have a nice day today

Thursday 15 August 2013

Cerita Tidak Berakhir? [2]

  "Mak nak pinjam novel" tanyaku pada bonda dengan tiba-tiba.

     "Kau nak buat apa novel mak?" soal ibuku, tersipu-sipu senyum ku malu seperti kerang busuk.

     "Ada laa~ nak pinjam boleh tak? nak tengok-tengok sikit, hee" soalku dengan mempamirkan muka ku yang paling comel sekali.

     "Mak tak hengat la kat mana" dah lama ibuku ni meninggalkan zaman cintanya terhadap novel, "cuba tengok kat dalam kotak laci tu" sambil menunjukkan alamari laci plastik yang bertingkat-tingkat berwarna orange itu sambil dia memotong kain -ibuku seorang tukang jahit yang mengambil tempahan di rumah-.

     Lalu aku mendekati ke arah kotak laci orange, "bukan yang tu la, laci yang lagi satu, kat belakang, tingkat satu ke dua, cuba tengok", tegurnya sambil dia khusyuk memotong kain.

     "Yang laci kelabu ni ke?" tanya ku sambil menunggu respon dari ibu.

     "Ha'ah, yang tula, cuba tengok tingkat dua" maksudnya, laci yang kedua dari atas.

     Sambil ku mencari, ku terjumpa CD lagu-lagu lama simpanan ibuku, lalu ku ternampak tiga buah novel, aku ambil yang helaian kertasnya sudah kekuning-kuningan, paling nampak lama sekali antara yang lain, dan ada yang masih berplastik, iaitu hadiah dariku kepada ibu pada zaman aku sekolah menengah dulu, "Busy betul mak aku ni, hmm" hati kecilku berkata-kata. Tipu lah kalau hati ni tak terasa kecil hati kerana novel itu masih di balut dengan plastik, novel itu bertajuk 'Salju Sakinah' dikarang oleh Zaid Akhtar, tapi biasa lah, tukang jahit, seorang tempah sampai lima hingga enam pasang, aku kat rumah ni nak tolong pun tidak la, kan 'tangan tak bedung'.

     "Novel apa kau amik tu?", "Seredup Kasihmu mak" balasku mudah.

     Aku masuk ke bilik ku, tutup pintu, cuba membelek-belek helaian penulisan Nia Azalea ni, sedikit sebanyak aku memperoleh bentuk penulisan novel. Seperti yang aku katakan terlebih dahulu, aku bukan jenis membaca, inikan novel, apatahkan lagi novel cinta. 

     "Jadinya kau ni dah bosan, menyampah dan tak tahan?' Suziyan memastikan buat kali kedua. Matanya masih tidak beralih daripada skrin komputer yang memaparkan permainan Virtual Cop. Tangannya lincah menekan butang mouse. Tertera pada muka surat 141, perenggan pertama untuk chapter 16. Nah, sekali ku amati, setiap perbuatan sesuatu watak, dialognya habis diperincikan, aku tidak mempunyai daya imiginasi sebegitu rupa.

     "Mende aku nak merepek dalam cerita aku ni, duh!" bermonolog aku sendirian, walaubagaimanapun, aku teringin untuk menggunakan situasi sebenar dalam project mega aku ni, maksudku, menggunakan nama tempat yang wujud, bukan nama yang umum, mungkin seperti keadaan yang akan aku gambarkan di salah sebuah kolej Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seperti Kolej Aminuddin Baki atau Kolej Tun Hussein Onn, tidak semua akan mengetahui tentang tempat tersebut, aku akan cuba masukkan keadaan realiti didalam cerita aku ini, iyalah, kononnya aku ingin berkonsepkan realiti dan fantasi.

    Dengan menggunakan Google Account bernama siempatmata, aku mencipta sebuah blog sebagai cubaanku untuk cuba untuk mengarang, sebenarnya akaun siempatmata ni baru sahaja diwujudkan, tujuanku untuk mewujudkan akaun tersebut untuk mencipta avatar seperti simsimi tapi berakal, maksudku, aku boleh menjadi rakan untuk dibawa berborak. Sebelum ni telah ku wujudkan blog beralamat si4mata.blogspot.com , tujuannya untuk memberi info terkini kepada sesiapa jua yang senasib dengan diri ku -tapi info sangat sedikit-, dek kerana blog susah untuk di-promo sekiranya tiada laman sosial lain aku mewujudkan pula akaun di twitter, masih lagi menggunakan nama siempatmata. 

    Kisahsi4mata.blogspot.com , itu lah dia nama blog yang ingin aku wujudkan, kenapa empatmata? biarlah rahsia. Aku melihat di-dashboard akaun ku, kosong, ingin membuat post baru? tapi apa yang ingin aku coretkan? bagaimana ingin aku mulakan? nak buat novel atau cerpen? seribu satu soalan bermain di minda kecilku. Aku merenung ke papan kekunci laptop peneman hari-hari ku ini, masih lagi buntu, aku tidak tahu untuk memulakan, sifat memulakan sesuatu memang terasing dari diriku, aku jarang untuk memulakan tetapi suka untuk mengakhirkan, seperti lambat masuk kelas tapi suka keluar kelas sebagai orang terakhir, itu lah aku.

No comments: