Hi guys!

Have a nice day today

Thursday 15 August 2013

Cerita tidak Berakhir? [4] : Adikku Iman

     *Bunyi tema Windows7*

     Click

     www.google.com, enter.

     Termenung.

     Sebenarnya aku baru selesai menonton cerita Insomnia yang dikeluarkan pada tahun 2002. Cerita itu tidak terlalu susah untuk difahami, tapi otak aku menjadi blank, kosong, beginilah nasib budak menunggu degree, sudah la tidak bekerja, menghabiskan beras, 'buang current', nak marathon movie pun dah nak muntah. 

     *Guling-guling atas katil*

     "Ahh, tak boleh jadi ni, buat entry baru la, hoho" ngomel ku keseorangan. Selesai sudah dengan 'Lela'. Apa pula aku nak merepek selepas ini. Tengok kolum kanan, lebih spesifik bahagian followers, kosong. 

     "Baru buat blog, malas blogwalking, memang kosong la  follower kau tu, entah-entah blog ni memang untuk kau menggila sorang-sorang" membebel aku lagi. Terasa seperti orang gila pun ada. Mana tidaknya, berangan ingin membantu orang dengan penulisan, konon, pengiktirafan sebagai kaunselor pun tidak ada, nak buat entry perihal motivasi? esok nak exam pun aku malas nak bukak buku inikan nak membaca bahan-bahan ilmiah, kalau dah tidak ada ilmu-ilmu atau sumber-sumber bahan ilmiah, macam mana aku nak bantu orang ni.

     Mata ku merayap, melihat bilik ku seperti dilanda garuda, dah tak serupa bilik dah, nak mengemas belum sampai seru lagi, tapi aku masih memerhati, mencari ilham.

*     *     *

     "Mak ayah kau bagi kau duit raya berapa piz?" panggilan ringkas kepada Hafiz.

     "Aku dapat 50 hengget, yela tahun ni aku puasa penuh, sehari aku puasa dapat seringgit, cukup sebulan, mak aku bagi lebih 20 hengget" jawab Hafiz bangga dan menerangkan bagaimana dia memperoleh jumlah duit sebegitu, aku cuma mampu tersenyum melihat gelagat dia.

     "Kau dapat berapa wey?", "Aku dapat 30 je" jawapan diberi dengan ringkas, "tapi aku puasa penuh jugak, hmm" 

     "Kau tipu la, kau mesti tak puasa penuh ni, eee, tak malu tak puasa penuh" ejek Hafiz, "mana ada aku puasa penuh la" jawab dengan nada tegas.

     "Wek wek, tak malu, tak puasa penuh, padan muka kau tak dapat duit raya macam aku, haha" ejek Hafiz lagi.

     Muka di tarik sehabis masam yang boleh, lalu masuk ke dalam rumah, mengadu pula pada umi "Umi, kenapa adik dapat duit raya RM30 je? adik pun puasa penuh macam apiz" 

     Umi tidak memahami apa kaitan duit raya yang diperoleh dengan si Hafiz tu, "Iman, mari sini kejap," panggilku, iyalah, umi sedang sibuk melayan tetamu, hari ni kami mengadakan open house, jadi ramai sanak saudara, sahabat handai hadir ke rumah kami.

     "Ya kak, kenapa?" soal Iman dengan muka yang masih lagi masam mencuka. Sebenarnya dari tadi aku perhatikan adik ku ini, apa yang dia sembangkan dengan hafiz aku tahu, tapi aku cuma mahu memerhati.

     "Kenapa muka adik akak ni tak hensem ni?" saja tanya ku walaupun aku sudah tahu mengapa. Iman, adik lelaki ku tunggal, berumur lapan tahun, berbeza sebelas tahun dengan aku, kami cuma dua beradik, orang kata kami anak dua fasa, kerana jarak umur kami terlalu jauh, tapi sebenarnya ini semua rezeki dari Illahi.

     Aku sangat kagum dengan adik aku ni, walaupun baru berumur lapan tahun, tapi dia mampu untuk berpuasa penuh, seingat aku, aku pun tidak mampu seperti dia sewaktu umurku begitu. 

     "Adik tak dapat duit raya macam apiz" terangnya, Hafiz merupakan kawan baik Iman, Hafiz merupakan anak jiran kami, yang juga hadir pada hari ini untuk memeriahkan suasana.

     "Umi kasi Iman berapa sayang?" soalku, aku suka memanggil adikku dengan gelaran sedemikian rupa, mungkin kerana aku terlalu menantikan kehadirannya dalam hidupku, sayang, darlinghandsome, itu semua panggilanku kepada Iman, kadang-kadang sewaktu di kolej dulu, jika aku on-the-phone dengan Iman, rakan-rakan ku tersalah anggap dia adalah boyfriend aku.

     "Iman dapat 30 hengget je, apiz dapat 50, hmm" terang Iman, "Alooo siannya adik akak ni dapat sikit, meh duduk sini meh" sambil aku menepuk ruang kosong dihadapan ku, sejurus Iman duduk aku pun membisikkan sesuatu kepadanya "Nanti akak belanja jam Ben 10 eh?" lalu ku mencuit hidungnya, dia terus senyum kegembiraan dan memelukku erat.

     Aku sangat gembira dapat menghilangkan duka adikku Iman, dan aku bahagia mampu buat dia tersenyum.

No comments: