Hi guys!

Have a nice day today

Thursday 15 August 2013

Cerita Tidak Berakhir? [1]

 Setelah selesai aku menunaikan solat asar aku kembali menghadap komputer riba ku, secara tiba-tiba aku ingin mengetahui kisah 'Hlovate', bukan kisah yang dikarangnya, tapi kisah bagaimana dia menjadi Hlovate yang awesome. Aku mempunyai minat untuk mengarang, tapi aku amat lemah dalam penggunaan bahasa, struktur ayat dimana perlu ada imbuhan '-i' jarak atau tidak 'di-' dengan perkataan lain dan sebagainya.

     Aku mengenali Hlovate dari seorang rakanku - sebenarnya adik kepada rakan sekolahku - , Ailin, pada tahun 2010, dan aku dengan sambil lewa dengan nama itu. Wujudnya nama Hlovate dalam hidupku dengan pertanyaan yang ditanya kerana tiada perkara ingin dibincangkan menerusi khidmat pesanan ringkas SMS.

     "tgh watpe tu". tanya ku melalui handphone Nokia yang berlampu kuning.
     "I tgh baca novel" balas Ailin.
   "Novel apa?" soal ku, kerana aku bukan jenis membaca, dan pengetahuan ku tentang novel sangat terbatas, jadi itu sahaja yang aku mampu tanyakan.
    "Novel Hlovate" balasnya mudah, biasalah, bila keterujaan untuk berkenalan mulai pudar, beginilah cara conversation antara dua orang berlangsung.

    Aku difahamkan oleh Ailin bahawa Hlovate merupakan penulis yang menggunakan 'bahasa sampah', tergelak ku membaca pesanan ringkas daripadanya. Tapi, sewaktu di kolej Perindu, di kampus induk UiTM Shah Alam pada tahun 2012, aku baru berkesempatan untuk membaca novel 'Hlovate' - bukan dapat membaca keseluruhan novel, tetapi hanya perenggan pertama dek kerana rakan ku ingin membacanya terlebih dahulu - dari hasil karyanya yang berjudul '5Tahun5bulan', baru aku faham apa yang dimaksudkan oleh Ailin pada dua tahun yang lepas, Hlovate menggunakan bahasa kita iaitu tidak menggunakan bahasa bunga yang meleret-leret.

     Setelah selesai mengunjungi beberapa blog yang mempunyai post tentang Hlovate yang dicadangkan oleh Google , serba sedikit aku dapat mengetahui tentang Hlovate hasil dari pembacaan huraian tentang diri beliau, mahupun huraian tentang novel si Hlovate.

     Hate dan Love, dua perkataan yang digabungkan menjadi "Hlovate", pandangan ku secara peribadi, beliau mungkin mempunyai mempunyai kisah silam yang lebih pahit dari manis kerana beliau mendahulukan perkataan negative terlebih dahulu dari perkataan Love. Ini semua dek kerana movie penyiasatan yang aku gemar tonton seperti CSI, Lie to Me dan seangkatan membuatkan ku mempunyai pandangan yang merepek sedemikian rupa.

     Sambil aku meng-stalk tentang diri Hlovate, dengan tidak semena-mena terpacul idea untuk aku cuba mengarang, membuat suatu cerita, bukan cerpen, bukan novel, tetapi cerita yang bukan seperti cerita. Mungkin akan ku selitkan dalam cerita rekaan ku dengan cerita yang benar-benar wujud, ataupun aku akan kisahkan cerita yang benar-benar wujud dengan menyelitkan cerita fantasi? aku masih lagi tidak mengetahui bagaimana ingin memulakan, dan aku juga tidak ada buah fikiran bagaimana akan berakhirnya cerita aku nanti. Aku juga terasa untuk mereka cerita seperti cerita itu hidup walaupun sebenarnya rekaan semata-mata, tapi aku ingin mencipta cerita fiksyen tapi jalannya seperti jalan cerita non-fiksyen.

     Masih belum selesai dengan plan mega aku itu, aku terfikir bagaimana ingin aku menyampaikan cerita aku tersebut, Hlovate ikon ku, beliau menggunakan novel hard copy  sebagai platform untuk mengarang, di samping beliau dapat mengarang, mengubat hati lara, Hlovate juga mampu untuk memperoleh sedikit sumber kewangan. Jauh dilubuk hatiku, aku berangan untuk jadi sepertinya, terkenal tanpa dikenali, kekal sebagai anonymous. Aku amat mengagumi orang sepertinya, Hlovate, selain itu juga Encik Mimpi, yang masih memperjuangkan karya mereka tersendiri sebagai anonymous. tapi aku siapa untuk jadi seperti mereka, walaupun ibu ku memang seorang yang kreatif, apa sahaja hasil kerja tangannya, pasti akan jadi sesuatu yang sangat menarik, tidak seperti aku ni, lukis KLCC tapi kelihatan seperti roket, kerja kayu disekolahku dulu di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, tak pernah nampak macam sesuatu hasil kerja kayu.

     "Tangan kau tu tak bedung dulu" ni lah yang selalu diucapkan kepada ku oleh guru-guru seni mahupun rakan-rakan. Tapi memang ku akui, memang tiada seni dalam diri ku ini, nak menyanyi dan mengarang  lagu seperti Encik Mimpi, jauh sekali, sedangkan nyanyian yang aku record sendiri pun aku cukup takut untuk mendengarnya kembali, ini kan untuk menjadikan suaraku sebagai halwa telinga orang awam. Takut berbuih-buih di hujung mulut masing-masing, dan mungkin aku akan disaman kerana menyumbangkan lagu.

     Tapi setelah, aku ,menanyakan diriku apa yang sebernanya aku mahukan, aku ingin menjadi seorang yang mampu membuat orang lain rasa lebih tenang, mungkin bukan dalam bidang nyanyian, tapi akan ku cuba dalam bidang penulisan, niatku untuk mencipta sebuah cerita yang mampu menenangkan, memberi manfaat kepada orang yang membacanya. 

No comments: