Hi guys!

Have a nice day today

Tuesday 23 July 2013

Re-Born

Salam semua,

Asalnya blog ni dah lama wujud, tapi dek kerana ketidak kematangan cara menulis, aku rasa sedikit malu di situ, jadi aku ubah segala keadaan blog aku, hide post dan sebagainya haha..dan memulakan balik kehidupan yang baru..aceh

Walaubagaimanapun, sesiapa yang mengenali aku siapa aku yang sebenar, memang dah tahu perangai ku yang memang tak berapa matang..haha..tapi jauh di dalam hati aku nak mengarang perkara-perkara yang mampu membantu orang, even though sesuatu perkara tu berlaku kat diri aku sendiri.

Walaupun blog asal ni dah lama lahir, tapi aku masih cetek ilmu pengetahuan dalam dunia blog ni, bahasa / cara penulisan yg akan ku guna mungkin bercampur-campur.. so walaupun aku sendiri baca balik memang nampak tatabahasa ku tunggang terbalik..bahasa memang kelemahanku..tapi bukan itu yang aku perjuangkan, tapi InsyaAllah  akan aku perbaiki bahasa ku dari semasa ke semasa.

Sekian.

p/s: alahai macam poyo je, haha

No comments: