Hi guys!

Have a nice day today

Thursday 15 August 2013

Cerita tidak Berakhir? [4] : Adikku Iman

     *Bunyi tema Windows7*

     Click

     www.google.com, enter.

     Termenung.

     Sebenarnya aku baru selesai menonton cerita Insomnia yang dikeluarkan pada tahun 2002. Cerita itu tidak terlalu susah untuk difahami, tapi otak aku menjadi blank, kosong, beginilah nasib budak menunggu degree, sudah la tidak bekerja, menghabiskan beras, 'buang current', nak marathon movie pun dah nak muntah. 

     *Guling-guling atas katil*

     "Ahh, tak boleh jadi ni, buat entry baru la, hoho" ngomel ku keseorangan. Selesai sudah dengan 'Lela'. Apa pula aku nak merepek selepas ini. Tengok kolum kanan, lebih spesifik bahagian followers, kosong. 

     "Baru buat blog, malas blogwalking, memang kosong la  follower kau tu, entah-entah blog ni memang untuk kau menggila sorang-sorang" membebel aku lagi. Terasa seperti orang gila pun ada. Mana tidaknya, berangan ingin membantu orang dengan penulisan, konon, pengiktirafan sebagai kaunselor pun tidak ada, nak buat entry perihal motivasi? esok nak exam pun aku malas nak bukak buku inikan nak membaca bahan-bahan ilmiah, kalau dah tidak ada ilmu-ilmu atau sumber-sumber bahan ilmiah, macam mana aku nak bantu orang ni.

     Mata ku merayap, melihat bilik ku seperti dilanda garuda, dah tak serupa bilik dah, nak mengemas belum sampai seru lagi, tapi aku masih memerhati, mencari ilham.

*     *     *

     "Mak ayah kau bagi kau duit raya berapa piz?" panggilan ringkas kepada Hafiz.

     "Aku dapat 50 hengget, yela tahun ni aku puasa penuh, sehari aku puasa dapat seringgit, cukup sebulan, mak aku bagi lebih 20 hengget" jawab Hafiz bangga dan menerangkan bagaimana dia memperoleh jumlah duit sebegitu, aku cuma mampu tersenyum melihat gelagat dia.

     "Kau dapat berapa wey?", "Aku dapat 30 je" jawapan diberi dengan ringkas, "tapi aku puasa penuh jugak, hmm" 

     "Kau tipu la, kau mesti tak puasa penuh ni, eee, tak malu tak puasa penuh" ejek Hafiz, "mana ada aku puasa penuh la" jawab dengan nada tegas.

     "Wek wek, tak malu, tak puasa penuh, padan muka kau tak dapat duit raya macam aku, haha" ejek Hafiz lagi.

     Muka di tarik sehabis masam yang boleh, lalu masuk ke dalam rumah, mengadu pula pada umi "Umi, kenapa adik dapat duit raya RM30 je? adik pun puasa penuh macam apiz" 

     Umi tidak memahami apa kaitan duit raya yang diperoleh dengan si Hafiz tu, "Iman, mari sini kejap," panggilku, iyalah, umi sedang sibuk melayan tetamu, hari ni kami mengadakan open house, jadi ramai sanak saudara, sahabat handai hadir ke rumah kami.

     "Ya kak, kenapa?" soal Iman dengan muka yang masih lagi masam mencuka. Sebenarnya dari tadi aku perhatikan adik ku ini, apa yang dia sembangkan dengan hafiz aku tahu, tapi aku cuma mahu memerhati.

     "Kenapa muka adik akak ni tak hensem ni?" saja tanya ku walaupun aku sudah tahu mengapa. Iman, adik lelaki ku tunggal, berumur lapan tahun, berbeza sebelas tahun dengan aku, kami cuma dua beradik, orang kata kami anak dua fasa, kerana jarak umur kami terlalu jauh, tapi sebenarnya ini semua rezeki dari Illahi.

     Aku sangat kagum dengan adik aku ni, walaupun baru berumur lapan tahun, tapi dia mampu untuk berpuasa penuh, seingat aku, aku pun tidak mampu seperti dia sewaktu umurku begitu. 

     "Adik tak dapat duit raya macam apiz" terangnya, Hafiz merupakan kawan baik Iman, Hafiz merupakan anak jiran kami, yang juga hadir pada hari ini untuk memeriahkan suasana.

     "Umi kasi Iman berapa sayang?" soalku, aku suka memanggil adikku dengan gelaran sedemikian rupa, mungkin kerana aku terlalu menantikan kehadirannya dalam hidupku, sayang, darlinghandsome, itu semua panggilanku kepada Iman, kadang-kadang sewaktu di kolej dulu, jika aku on-the-phone dengan Iman, rakan-rakan ku tersalah anggap dia adalah boyfriend aku.

     "Iman dapat 30 hengget je, apiz dapat 50, hmm" terang Iman, "Alooo siannya adik akak ni dapat sikit, meh duduk sini meh" sambil aku menepuk ruang kosong dihadapan ku, sejurus Iman duduk aku pun membisikkan sesuatu kepadanya "Nanti akak belanja jam Ben 10 eh?" lalu ku mencuit hidungnya, dia terus senyum kegembiraan dan memelukku erat.

     Aku sangat gembira dapat menghilangkan duka adikku Iman, dan aku bahagia mampu buat dia tersenyum.

Cerita tidak Berakhir? [3] : Lela

*     *     *

     "Sa-ya sa-yang i-bu sa-ya", bacanya perlahan lahan, "ba-ju i-tu san-tik", "cantik akak, bukan santik" tegur ibunya dengan senyuman bangga.

     Norlela binti Badarisman, itulah dia, si cilik berumur empat tahun, jarang anak-anak kecil berumur empat tahun mampu untuk membaca walaupun merangkak-rangkak, ada juga rakan ku sewaktu berada di darjah tiga, tapi masih tidak mengenali huruf.

     Ibu mana yang tidak bangga, anaknya mampu untuk membaca sejak usia kecil, ianya hasil dan usaha ibu Lela juga, mempraktikkan anaknya untuk belajar membaca dengan siri buku 'Bacalah Anakku'.

     Lela merupakan sepupuku, dia lahir bulan Januari dan aku bulan Oktober, dan kami lahir pada tahun yang sama. Aku sering dibanding-bandingkan oleh ibunya mahupun ibu aku sejak kecil lagi, biasalah, anak pandai, di tatang-tatang, disanjung-sanjung. Lela dan aku juga selalu perform dengan jaya nya didalam ujian-ujian sekolah rendah, apa lagi, semakin galak la ibu kami bersaing nak membuktikan anak siapa lebih pandai, tapi aku dan Lela tidak kisah sangat, kami rapat, dan masih bermain bersama-sama tanpa mengendahkan ibu kami.

     "Satu, dua, tiga " aku mengira sehingga sepuluh, kami permainan sorok-sork, di mana aku perlu mengira dan yang lain akan menyorok. Lela, Yusree -adik lelaki Lela-, dan tiga rakan-rakan baruku yang merupakan jiran mereka iaitu, Along, Izam dan Hani, sibuk menyorokkan diri mereka, masih kecil, dibalik rak kasut pun boleh sembunyikan diri. Setelah selesai kira hingga sepuluh, aku pun mula mengorakkan langkah untuk mencari mereka.

     Bersebelahan dengan rumah makcik ku ini terdapat rumah dua tingkat tetapi mempunyai enam unit, aku cuba untuk melihat ditingkat atas, tiba-tiba aku terdengar bunyi orang menangis, tetapi tiada orang, aku cuba untuk mencari dari mana datangnya suara tersebut, setelah aku menghampiri tong biru, aku kelihatan Yusree menangis disebaliknya.

     "Kenapa dik?" adik panggilan kami kepadanya.

     "Tadi adik jatuh waktu naik tangga, tsk tsk" sambil menahan sakit akibat luka di kepala lututnya.

     Pada waktu itu, hanya yang aku tahu, bawa dia ke rumah, mungkin ibu boleh memulihkan lukanya itu, ahh betapa innocent-nya aku, seperti ahli silap mata aku menganggap ibu ku. Sampai sahaja di muka pintu, bapa Yusree, Badarisman, ayah yang garang, malas bekerja, yang juga aku memangilnya pakcik, bertanya,

     "Apehal ni?!" nadanya dalam keadaan marah.

     "Ta ta tadi adik jatuh waktu naik tangga" jelasku dalam keadaan gagap, kerana pakcik ku ini seorang yang bukan sahaja garang tapi amat bengis.

     Pang!! satu lempangan diberikan kepada adik, aku hanya terpaku tanpa berkata apa-apa.

     "Aku dah cakap kau jangan main dekat tangga!" Yusree hanya menangis, dipiat telinganya lalu pakcik menjerit, " LELA, LELA, BALIK!" dengan sepantas kilat Lela terpacul di depan kami.

     "Ke ke napa ayah?" tanya Lela, gagap juga seperti aku tadi.

     Pakcik dengan tiba-tiba menjentik telinga Lela, lalu muka Lela seperti hendak menangis, tapi dia usaha untuk tidak mengalirkan air mata, kerana dia tahu pakcik akan menjadi marah. Kami semua di suruh masuk kedalam rumah, melarang kami untuk bermain.

     Kami semakin membesar, aku melalui proses tumbesaran dan 'pembesaran' sebagai seorang lelaki, Lela juga melalui proses akil baligh, makin menampakkan sifat kewanitaanya, tidak perlu ku huraikan bagaimana. Tetapi bezanya sekarang, prestasi akademik Lela semakin merudum, aku masih lagi maintain. Mana tidaknya, ayahnya, dan juga merupakan pakcik aku, bukan sahaja garang, tapi pertimbangannya sangat, sangat, sangat kolot mungkin. Dulunya, Lela merupakan pelajar cemerlang, tetapi sekarang tidak lagi, kelas prep yang diwujudkan percuma oleh kerajaan yang dimana pelajar akan dipimpin oleh guru-guru mereka sendiri tidak diizinkan bapanya untuk dia sertai, makcik, ibu Lela puas memujuk, tapi pakcik mengungkitkan pula tentang hak dia sebagai ketua keluarga untuk memutuskan keputusan.

     "Kenapa kamu tidak pergi ke kelas prep Lela?" soal guru kelasnya dan juga sebagai guru matematik tambahan Lela.

     "Saya tidak sihat cikgu" Lela terpaksa menipu, kerana dia percaya sekiranya dia menceritakan perkara sebenar, bukan sahaja tidak boleh diterima tapi mungkin memalukan dirinya, itu yang difikirkannya. Dalam bulan ini kelas prep dijalankan selama empat kali untuk setiap subjek, tetapi, Lela hanya mampu menghadirkan diri untuk tiga kelas sahaja, tetapi untuk satu subjek, iaitu subjek yang betul-betul dia lemah, Additional Mathematics. Subjek ini merupakan antara subjek yang susah untuk pelajar SPM seperti kami, walaupun Lela tidak cemerlang untuk subjek yang lain, tapi dia bercita-cita untuk lulus subjek ini di dalam SPM kelak. Hanya kelas yang 'curi-curi' datang itu la sahaja harapan dia untuk lulus nanti, dia tidak dapat pergi ke tempat  tuisyen seperti orang lain. Rutin hariannya, bangun pagi, siapkan sarapan untuk adik-adik, gosokkan baju untuk adik kecilnya yang jarak hampir sepuluh tahun itu -Yusree menggosok bajunya sendiri-, pergi kesekolah, pulang ke rumah dan kemas rumah, tolong ibunya memasak, basuh baju dan sebagainya.

     Itulah ujian yang terpaksa Lela hadapi, tapi dia masih cekal. Aku, walaupun mempunyai ruang dan peluang untuk tuisyen dan sebagainya, tapi aku mengambil peluang itu dengan sambil lewa, aku tidak memanfaatkannya sehabis baik, inilah pula ujian Dia terhadapku, iaitu kesenangan, dan aku juga tidak mampu itu melalui 'kesenangan' itu sepeti cekalnya ujian yang dilalui Lela.

     Pada hari keputusan SPM dikeluarkan, Lela tersenyum, mengalir air matanya kerana dia memperoleh B untuk subjek yang dia tidak pernah lulus semenjak dia mengenali subjek tersebut, dia memperoleh 2A+, 1A, 1B+, 3B dan 2C, alhamdulillah, dia lulus kesemuanya, dia terasa amat bersyukur.

     Walaupun dia ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di UiTM didalam bidang Diploma Perakaunan, tapi dia hanya mampu tersenyum melihat tawaran tersebut, kerana dia tahu, pakcik tidak akan mengizinkannya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

     "Aku nak kau berhenti sekolah", itulah kata-kata yang seing diungkapkan pakcik semenjak Lela beada ditingkatan tiga lagi. 
     "Lepas habis SPM aku nak kau kerja, tolong keluarga" kata-kata 'semangat' yang diungkapkan oleh pakcik pada hari pertama kami mengambil SPM, iaitu Kertas Bahasa Melayu. 

     Sekarang Lela, bekerja di sebuah kedai kasut di dalam shopping complex berdekatan di rumahnya sebagai promoter. Dia membantu untuk menaikkan ekonomi keluarganya, cuba untuk membelikan buku-buku rujukan mahupun kelengkapan sekolah untuk adik-adiknya.

*     *     *

     Dengan mimik muka yang pelik, aku masih blur kenapa tangan aku menaip tentang cerita ni, cerita Lela ini mungkin karya pertama aku. Nak kata karya teragung? mimpi jelaa. Lantas aku suruh ibu ku yang sedang sibuk menyiapkan pakaian dari tempahan customer untuk raya ini untuk membaca, -cerpen mungkin-, cerita ku ini.

     Sambil aku merenung mukanya berkerut membaca, ibuku rabun, juga tanda yang dia khusyuk membaca, tiba-tiba rongga mulutnya terbuka, ingin memujiku mungkin.

     "Panjang lagi ke ni? mak banyak keje ni", satu persatu aku engat perkataannya, hampa, aku cuma senyum sahaja, dia 'membayarkan' kembali senyumanku dengan senyuman dari mukanya yang sejuk mataku melihat, lalu pergi meninggalkan ibuku untuk menyiapkan tugasannya itu.